Sunday, November 29, 2009

Mendarab Sepantas Kilat

credit to google

Anda Mampu Mengira SEPANTAS KILAT tanpa menggunakan KALKULATOR


Hanya 5 minit sahaja anda membaca nota ini, anda mampu mengira nombor 2 digit sehingga 20x 20 dengan PANTAS dan TEPAT. Dengan hanya menggunakan MINDA tanpa KALKULATOR.

Cuba kira 15 x 13=.

Ikuti arahan

  • Pilih angka 2 digit yang lebih besar nilainya, iaitu 15
  • Kemudian, tambah nilai 15 dengan nilai nombor akhir digit lagi satu (15+3=18)
  • Tambah sifar pada jumlah tersebut (180)
  • Darabkan nombor hujung bagi kedua-dua digit, (5 x 3 = 15 )
  • Tambah 180 + 15 = 195.

Contoh lain

Cuba kira 17 x 19 =

  • Pilih angka 2 digit yang lebih besar nilainya, iaitu 19
  • Kemudian, tambah nilai 19 dengan nilai nombor akhir digit lagi satu (19+7=26)
  • Tambah sifar pada jumlah tersebut (260)
  • Darabkan nombor hujung bagi kedua-dua digit, (7 x 6 = 63 )
  • Tambah 260 + 63 = 323
Nah, senang bukan? Anda boleh cuba di atas kertas dahulu!

Tuesday, November 24, 2009



Ke garisan,

Sedia...

Mula!


Dalam mengejar kejayaan, ia diibaratkan seperti memulakan acara lumba lari. Sebelum mencapai kejayaan, pastikan diri telah sedia dengan strategi permulaan. Kegagalan seringkali berpunca di tahap awal yang mana tidak mengenalpasti kelemahan.

Jadi, jangan berlengah lagi...serlahkan potensi anda demi kejayaan masa hadapan.