Sunday, November 29, 2009

Mendarab Sepantas Kilat

credit to google

Anda Mampu Mengira SEPANTAS KILAT tanpa menggunakan KALKULATOR


Hanya 5 minit sahaja anda membaca nota ini, anda mampu mengira nombor 2 digit sehingga 20x 20 dengan PANTAS dan TEPAT. Dengan hanya menggunakan MINDA tanpa KALKULATOR.

Cuba kira 15 x 13=.

Ikuti arahan

  • Pilih angka 2 digit yang lebih besar nilainya, iaitu 15
  • Kemudian, tambah nilai 15 dengan nilai nombor akhir digit lagi satu (15+3=18)
  • Tambah sifar pada jumlah tersebut (180)
  • Darabkan nombor hujung bagi kedua-dua digit, (5 x 3 = 15 )
  • Tambah 180 + 15 = 195.

Contoh lain

Cuba kira 17 x 19 =

  • Pilih angka 2 digit yang lebih besar nilainya, iaitu 19
  • Kemudian, tambah nilai 19 dengan nilai nombor akhir digit lagi satu (19+7=26)
  • Tambah sifar pada jumlah tersebut (260)
  • Darabkan nombor hujung bagi kedua-dua digit, (7 x 6 = 63 )
  • Tambah 260 + 63 = 323
Nah, senang bukan? Anda boleh cuba di atas kertas dahulu!

0 comments:

Post a Comment